PENGENALAN
Negeri Perlis, yang terletak di utara Semenanjung Malaysia, adalah negeri terkecil di Malaysia, namun ia memiliki pelbagai tarikan pelancongan yang unik dan menarik. Meskipun seringkali kurang dikenali berbanding destinasi pelancongan lain di Malaysia, Perlis mempunyai banyak keistimewaan yang menjadikannya destinasi yang menarik untuk dikunjungi.
Perlis kaya dengan keindahan alam semula jadi, sejarah, serta budaya tempatan yang masih terpelihara. Ia juga terkenal dengan tradisi pertanian yang kuat, terutamanya dalam bidang pertanian padi. Selain itu, Perlis juga menawarkan pelbagai tempat menarik yang meliputi kawasan semula jadi, taman-taman negara, gua, pantai, serta warisan budaya yang tidak kurang hebatnya.
JOM PAKAT MAI PERLIS !!!
DESTINASI WAJIB DIKUNJUNGI DI PERLIS
Kuala Perlis merupakan sebuah pekan dan mukim yang terletak
di Perlis, Malaysia. Ia juga terkenal sebagai pintu masuk ke Pulau Langkawi
melalui jalan laut.Kuala Perlis terkenal dengan makanan laut iaitu Laksa Kuala Perlis
dan makanan laut yang segar dan sedap.Mercu tanda bagi Kuala Perlis ialah
Masjid Terapung Kuala Perlis.
Padang Besar adalah sebuah bandar kecil yang terletak di
sempadan antara Malaysia dan Thailand. Terkenal sebagai pusat perdagangan dan
pelancongan, Padang Besar menawarkan pelbagai pengalaman menarik bagi pelancong
dan penduduk tempatan kerana lokasinya yang terletak bertentangan dengan sebuah
bandar di Thailand juga dikenali sebagai Padang Besar.
Terkenal dengan keindahan alam semula jadi di tasik
tersebut. Pengunjung dapat merehatkan diri sambil melihat permendangan tasik
yang luas di kelilingi bukit yang
menyempurnakan permandangan di tasik berkenaan. Pengujung juga boleh melakukan
aktiviti seperti berkayak, menaiki bot menyusuri tasik tersebut, memberikan
ikan dan pelbagai lagi. Terdapat sebuat resort yang dapat didiami di tasik
berkenaan iaitu Tasoh Lake Resort & Retreat.
Muzium Kota Kayang merupakan pusat penyebaran maklumat yang
memelihara dan mempamerkan harta warisan sejarah negeri Perlis. Muzium Kota
Kayang didirikan di kawasan yang dahulunya merupakan tapak kota istana tempat
bersemayam keluarga diraja Kedah-Perlis. Ini adalah berdasarkan fakta tinggalan
sejarah di sekitar kawasannya seperti Makam Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Shah
Ibni Al-Marhum Sultan Muhyiddin Mansur Shah. Bentuk bangunan muzium ini
berasaskan kepada seni bina melayu dengan bumbung panjang rumah Perlis. Muzium
ini telah dibuka untuk kunjungan pada bulan September 2001. Muzium Kota Kayang
mempamerkan 400 koleksi di enam galeri iaitu Galeri Sejarah, Galeri arkeologi,
Galeri Senjata, Galeri Kebudayaan, Galeri Diraja dan Galeri Menteri Besar.
AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DI LAKUKAN
Berjalan di Titian Kanopi FRIM Perlis









