Thursday, 7 November 2024

TEMPAT PELANCONGAN MENARIK DI PERLIS

 PENGENALAN 

Negeri Perlis, yang terletak di utara Semenanjung Malaysia, adalah negeri terkecil di Malaysia, namun ia memiliki pelbagai tarikan pelancongan yang unik dan menarik. Meskipun seringkali kurang dikenali berbanding destinasi pelancongan lain di Malaysia, Perlis mempunyai banyak keistimewaan yang menjadikannya destinasi yang menarik untuk dikunjungi.

Perlis kaya dengan keindahan alam semula jadi, sejarah, serta budaya tempatan yang masih terpelihara. Ia juga terkenal dengan tradisi pertanian yang kuat, terutamanya dalam bidang pertanian padi. Selain itu, Perlis juga menawarkan pelbagai tempat menarik yang meliputi kawasan semula jadi, taman-taman negara, gua, pantai, serta warisan budaya yang tidak kurang hebatnya.

JOM PAKAT MAI PERLIS !!!


DESTINASI WAJIB DIKUNJUNGI DI PERLIS



1. KUALA PERLIS

Kuala Perlis merupakan sebuah pekan dan mukim yang terletak di Perlis, Malaysia. Ia juga terkenal sebagai pintu masuk ke Pulau Langkawi melalui jalan laut.Kuala Perlis terkenal dengan makanan laut iaitu Laksa Kuala Perlis dan makanan laut yang segar dan sedap.Mercu tanda bagi Kuala Perlis ialah Masjid Terapung Kuala Perlis.




2. PADANG BESAR

Padang Besar adalah sebuah bandar kecil yang terletak di sempadan antara Malaysia dan Thailand. Terkenal sebagai pusat perdagangan dan pelancongan, Padang Besar menawarkan pelbagai pengalaman menarik bagi pelancong dan penduduk tempatan kerana lokasinya yang terletak bertentangan dengan sebuah bandar di Thailand juga dikenali sebagai Padang Besar.



3. TASIK TIMAH TASOH

Terkenal dengan keindahan alam semula jadi di tasik tersebut. Pengunjung dapat merehatkan diri sambil melihat permendangan tasik yang luas  di kelilingi bukit yang menyempurnakan permandangan di tasik berkenaan. Pengujung juga boleh melakukan aktiviti seperti berkayak, menaiki bot menyusuri tasik tersebut, memberikan ikan dan pelbagai lagi. Terdapat sebuat resort yang dapat didiami di tasik berkenaan iaitu Tasoh Lake Resort & Retreat.

Timah Tasoh Lake



4. WANG KELIAN VIEWPOINT 

Wang Kelian View Point merupakan salah satu destinasi popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara di Perlis. Terletak pada ketinggian 304 meter dari aras laut, pada laluan ke sempadan Malaysia-Thailand. Perjalanan ke sini mengambil masa sekitar 30 minit dari bandar Kangar melalui beberapa pekan dan perkampungan dengan suasana yang mendamaikan. Wang Kelian View Point sememangnya antara lokasi yang wajib dikunjungi sekiranya berada di Perlis. Di sinilah juga lokasi popular orang ramai melihat awan karpet bergantung pada keadaan cuaca dan menikmati pemandangan landskap alam Perlis yang cantik.


5.MUZIUM KOTA KAYANG

Muzium Kota Kayang merupakan pusat penyebaran maklumat yang memelihara dan mempamerkan harta warisan sejarah negeri Perlis. Muzium Kota Kayang didirikan di kawasan yang dahulunya merupakan tapak kota istana tempat bersemayam keluarga diraja Kedah-Perlis. Ini adalah berdasarkan fakta tinggalan sejarah di sekitar kawasannya seperti Makam Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Shah Ibni Al-Marhum Sultan Muhyiddin Mansur Shah. Bentuk bangunan muzium ini berasaskan kepada seni bina melayu dengan bumbung panjang rumah Perlis. Muzium ini telah dibuka untuk kunjungan pada bulan September 2001. Muzium Kota Kayang mempamerkan 400 koleksi di enam galeri iaitu Galeri Sejarah, Galeri arkeologi, Galeri Senjata, Galeri Kebudayaan, Galeri Diraja dan Galeri Menteri Besar.


AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DI LAKUKAN


Berkayak di Kampung Wai,Kuala Perlis



Melawat Kampung Warna Warni di Kuala Perlis  


Mandi di Bukit Ayer





Berjalan di Titian Kanopi FRIM Perlis








Melawat Gua Kelam



Video 15 tempat menarik di Perlis





Animasi berkaitan tempat - tempat menarik di Perlis




No comments:

Post a Comment

PLEASE GIVE YOUR OPINION.

TEMPAT PELANCONGAN MENARIK DI PERLIS

  PENGENALAN  Negeri Perlis , yang terletak di utara Semenanjung Malaysia, adalah negeri terkecil di Malaysia, namun ia memiliki pelbagai ta...